Saturday, August 6, 2011

Sharing of 6th Ramadhan 1432H

Doa Nabi Nuh

Surah Nuh merupakan surah ke -71 dalam Al-Quran yang terdiri atas 28 ayat. Surah ini termasuk surah Makiyyah. Sahabat Rasullulah SAW mengatakan bahawa keselamatan kaum Muslimin berada dalam tiga perkara. Salah satunya adalah doa Nabi Nuh AS. Doa Nabi Nuh AS ialah pada ayat 28 Surah Nuh[2]. Doa ini boleh dibaca selepas solat fardhu.

Terjemahan Ayat [1]:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

" Ya Tuhanku, ampunilah bagiku dan bagi dua orang ibubapaku dan bagi orang mukmin yang masuk rumahku dan bagi orang mukmin lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim, kecuali kebinasaan"

Petikan:

[1] Tafsir Mahmud Yunus Al -Quran Nul Karim Rasm Uthmani

[2] Majmu' Syarif Kamil

No comments: